Monday 19 December 2011

Movie Magic



ok. sape pernah tengok movie nie? angkat tangan. o. ok. tak ramai pun, kan?
Movie ni memang best. sangat best.
Cerita tentang 3 orang adik beradik yang dah jadi yatim piatu selepas mak n ayah deorang mati semasa menyiasat tentang satu kebakaran .
3 beradik nie aslnya oran kaya. mak n ayah deorang nie penyiasat bersama satu grup deorang yang lain.


pakcik yang kat tengah nie la 'future' penjaga deorang. tapi pakcik nie jahat.
macam2 yang die buat nak pastikan harta warisan mak ayah bbudak nie dapat kat die.

bbudak nie pulak , VIOLET, KLAUS n adik dia (tak ingat nama apa) punya kemahiran masing2. 

Violet : ikat rambut die n boleh erfikir untuk cipta sesuatu.
Klaus : Banyak membaca. so, dia ingat n cerita kat kakak dia konklusi untuk apa2 permasalahan.
Adik  : Menggigit. haha~

macam-macam dugaan yang deorang hadapi. movie english memang best2. 
haha.tapi , ada satu je yang tak best tentang movie nie.

'mata'. ya, mata. mata sebagai kanta penyelamat yang Klaus gunakan untuk selamatkan Violet. mata tu looks like ...err. salah satu ciri identiti 'iluminati' right?
ok. buang yang keruh ambil yang jernih.
 yang penting, kita tengok dan ambil apa mesej yang cuba pengarah ni sampaikan kat kita semua.

antara mesej yang saya dapat detect dari movie nie...

> berbaik sangka ngan mak ayah
>perlu banyakkan bacaan kita. Allah dah sebut, kan? surah al-'Alaq ayat 1. 'iqra' *winkwink. jadi ustazah pulak.haha
> sentiasa berfikiran kreatif
> berwaspada terhadap orang yang belum kita kenal.
> berani menyatakan sesuatu

dan yang paling bestnya, Violet ada cakap satu kata-kata n Klaus pun sentiasa ulang kata-kata tue. penerusan kepada sebuah pengharapan. 

"there's always something"
atau
"sentiasa ada sesuatu"

itulah perkataan yang deorang ucapkan untuk kerahkan minda n cari jalan penyelesaian. seronoknya,bersemangat sikit. 
kita boleh contohi mereka, tahu? 
tapi, as a muslim, kita tambahlah sikit pada kata-kata tu. tambah 2 perkataan mudah. sebab apa? sebab kita ni special la. ya, Muslim is so special.

tambahlah ' alhamdulillah' bila dah dapat ilham yang kita nak tue, dan 'bismillahitawakkaltu'alallah' sebelum kita laksanakan rancangan kita tue sebab itu kalau Allah tak bagi jadi, tak jadi jugak,kan? 
iya, saya tahu kamu semua tahu. *clap-clap , tepuk-tepuk.



ok. itu saja post saya untuk kali ini.
moga dapat manfaat darinya. terima kasih sudi membaca.

-Sesungguhnya segala-galanya itu datang daripada Allah.. Wallahua'lam-